CLICK HERE FOR FREE BLOGGER TEMPLATES, LINK BUTTONS AND MORE! »

Tuesday, April 24, 2012

penantian yang dipersia...

setahun menyayangi, namun dalam masa seminggu, hatinya berubah.
ujian kali ini memang mencabar bagiku.
dialah yang aku sayang dan harapkan kerana dialah yang memahami dan menyayangi.
selama setahun cuba memahami kerenahnya, namun tiada pernah aku ungkitkan.
demi cinta, rela berjauhan, rela setia, rela menantinya.
namun, semuanya seketika sahaja.
tanpa sebarang alasan dia menghilangkan dirinya,
dia tidak menghiraukan,
dia berlagak tidak mengenali aku.
bukan sekali perkara ini berlaku, namun inilah yang kedua kali.
cuba memahami dirinya,
mungkin dia sibuk,
mungkin dia study,
mungkin dia tidur.
tapi kali ini,
semuanya terbukti,
bukti sahih dia curangi hati ini.
dengan serta merta aku menarik diri,
dalam permainan cinta yang sia-sia ini.
semoga dia berbahagia dengan pilihan hati.

minat + bakat + kerja = ISTANA BAMBU


WELCOME TO RESTORAN ISTANA BAMBU!!! 

di sinilah tempat aku mengasah bakat menari aku, meluangkan masa bersama ahli keluarga Sanggar Mustika, dan juga mencari rezeki.

dari kiri: amie, abg pkyn, adam, abg bard, nabila, ain(aku) dan elmey.
tiada dalam gambar: ratna, kak safiah @ anis aiman dan abg shahrul @ shasha

First Of All, thanks to my beloved brother ever, abg Pkyn. dari awal masuk maktab, dialah yang mengajar saya menari. dari kayu keras, menjadi dahan lembut. tQ sbb memberi kpercayaan kat saya dari awal TaSeK ditubuhkan sehinggalah sekarang. kerana adanya kepercayaan itulah, saya berada bersama Sanggar Mustika sekarang. :)




tQ kat Amie, sebab selalu menghiburkan suasana. first kenal, nampak pendiam. bile dah kenal, tpksa tarik balik gelaran pendiam tu. heee :P hehe thanks jugak sebab sudi drive dari maktab g studio n istana bambu. Myvi biru tu la satu2nya kenderaan utk g kerja. huhu.. tq ssgt..
tQ abg Bard, sbb boleh mempercayai saya walaupun saya tidak boleh menari pada mulanya. namun, setelah diasahkan bagaikan pisau di batu asah, akhirnya boleh juga saya menari walaupun kurang posture. :)









thanks to Adam, sebab menyokong dan membantu saya ketika awal2 bersama Sanggar Mustika. tQ jugak sebab Adam dapat buat abg Bard percaya kat Ain. ;)
thanks to Kak Elmey, sbb teruskan perjuangan join Sanggar Mustika. nasib baik abg Bard pandai pujuk dia aritu. thanks jugak sbb byk ajar saya ttg make up. heeee saya pandai make up sudaa ;)




tq Nabila n Ratna. even korg muda dari saya, tp saya hormat korg sbb korg lebih pandai menari dr saya. then, korg byk beri tunjuk ajar kt saya. tq!! :)




4 kak Anis n Abg Shahrul, thanks sebab telah menyerikan penari2 dgn gelak tawa dan senyuman. :)


kepada encik Amri, tq sbb beri kepercayaan  kt Sanggar Mustika :) 
pekerja Istana Bambu juga x ktinggalan. tq sbb sudi tolong, dalam penyediaan makanan dsb. 
saya syg korg sume.... tq sume.. :)


kepada semua pembaca blog saya, datang2lah ke Restoran Istana Bambu. kami, Sanggar Mustika akan perform tarian yang mewakili negara kita, Malaysia pada setiap malam Ahad, Selasa dan Rabu pada pukul 8.30 - 9.00 dan 9.30 - 10.00.

suasana yang santai (ala-ala bali)

makanan yang menyelerakan... yum2..

dikelilingi sawah padi yang menghijau..

suasana malam yang romantis

Monday, December 19, 2011

why do you love me???

ADEGAN PASANGAN SUAMI ISTERI YANG TELAH SETAHUN BERKAHWIN

suami: abg cintakan syg sepenuh hati saya.
isteri: kenapa abg cintakan syg? adakah sebab syg selalu masakkan untuk abg?
suami: tidak.
isteri: adakah sebab syg selalu kemas rumah?
suami: tidak.
isteri: sebab syg selalu beri kata semangat kalau abg tension dengan masalah kerja?
suami: taklah.
isteri: hurm... ape ye.. nak tau jugak..
suami: sbb abg cintakan syg.
isteri: yela.. ape sebabnye? (si isteri merajuk)
suami: satu hari nanti syg akan tau jugak.
isteri: abg, kite kan dah kahwin, xkan nk berahsia jugak.
suami: abg x berahsia la syg. 


pada suatu hari, sewaktu si isteri pergi ke kedai dengan menaiki keretanya. pada masa itu, si suami sedang bekerja di pejabat. TIBA-TIBA, si isteri telah terlibat dengan satu kemalangan. si isteri telah dihantar ke hospital dan disahkan koma. 

setelah sebulan si isteri koma...

suami: selamat pagi syg. abg cintakan syg.

setiap hari, si suami akan berkata begitu kepada isterinya. namun, pada hari ulang tahun perkahwinan, si suami teringat kembali kenangan bersama isterinya.

suami: sekarang syg dlm keadaan koma. namun, abg yakin syg dengar apa yg abg ckp kt syg tiap2 hari. doktor ckp syg dah semakin pulih. setiap kali abg ckp kt ayg, abg tgk tgn syg dh mula gerak2 sikit. alhamdulillah. syg kuatkan semangat ye. abg tunggu syg. abg akan ada disisi syg. abg cintakan syg sepenuh hati abg. abg ingt lagi, dulu syg pernah merajuk sbb nak tahu sbb abg cintakan syg. badan syg x boleh nk bgerak skrg. abg masak sendiri je skrg ni tiap-tiap hari. rumah dah jarang kemas sbb abg x balik rumah lama2 sebab kt rumah takde syg. tapi abg tetap cintakan syg. skrang ni jugak syg xley nk bcakap. tapi abg sentiasa cintakan syg. syg, cinta tak perlu diungkap sebabnya dengan kata-kata. cinta tu sangat suci. hanya hati kita dan Yang Maha Esa mengetahui sedalam mana cinta kita.

seminggu selepas itu, si isteri pun sedar.

isteri: maafkan syg sebab merajuk dulu. syg cintakan abg. terima kasih sebab cintakan syg.

*cintailah dirinya sepenuh hati. terimalah kelemahannya seadanya. tiada siapa yang inginkan kelemahan itu ada pada diri. namun, itulah yang dinamakan ciptaan Allah. itulah keistimewaan bagi setiap manusia. jangan dipersiakan cinta itu sekiranya anda tidak mampu menerima risikonya. 

Sunday, December 18, 2011

only TWO DAYS??

DIANA DANIELLE-DUTA NANO WHITE


SEMALAM (17 DIS 2011), AKU G FARLEY, SIBU. AKU MASUK JE, TAPI TAK TAHU NAK BELI APE. PASTU AKU FIKIR APE YG AKU PERLUKAN DAN AKU PERLU REPAIR BALIK. 

FIRST, RAMBUT. DISEBABKAN DUA MINGGU STRAIGHT AKU MAKAN MAGGIE TIME KT MAKTAB, RAMBUT AKU RAPUH. ASAL AKU SIKAT JE, ADE JE RAMBUT KAT SIKAT TU. SEDIH TENGOK. AKU TGK PANTENE. PANTENE MMG BERKESAN. AKU PLAN NK BELI CONDITIONER SEKALI. TAPI AKU TAKNAK LA MENGHABISKAN DUIT KAT SITU JE. SO, AKU X JADI BELI PANTENE. AKU JALAN LAGI AND AKU JUMPE SUNSILK. SUNSILK PUN BOLEH TAHAN GAK. BEFORE NI AKU GUNE YG IJAU TU. 

TAPI KALI NI AKU PILIH YANG WARNA OREN SEBAB AKU NAK REPAIR BALIK RAMBUT AKU YANG ROSAK. ONLY RM11 JER. WEEE.. JIMAT. 


SECOND, PELEMBAB MUKA. 
AKU X BERCADANG PUN NAK BELI SAMPAI SATU SET. AKU LAME DAH NK BELI NANO WHITE TU. SBB AKU PERNAH TRY YG KAKAK AKU PUNYE DULU. AKU PAKAI YG POLISHING TU. ESOKNYE, MMG ILANG JERAWAT. FUHH.. SO, AKU BELI YANG SATU KOTAK YANG ADE 4 DLMNYE. ADE, CELL MOIST,POLISHING,AWAKENING SNOW WASH NGN OMEGA DAY SHIELD. 

AKU NAK TRY DULU, NANO NI BERKESAN TAK KAT MUKE AKU. YG NI PULAK JUST RM14.50. OKE LA TU. SUME ADE. 



AFTER TWO DAY...
ALHAMDULILLAH!!! RAMBUT YANG GUGUR DAH KURANG, PASTU RAMBUT AKU DAH NAMPAK TEBAL BALIK. YANG PENTING SENTIASA NAMPAK TERURUS WALAUPUN AKU JUST GUNE JARI JE. HEEEE... 
LIANG PORI KAT HIDUNG AKU PUN DAH KURANG. THEN, KESAN-KESAN PARUT JERAWAT NGAN BINTIK HITAM MULA BERKURANGAN. KULIT MUKA AKU PUN MULA LEMBUT. SELEMBUT BAYI. HEEE...

HARAP-HARAPLAH SUNSILK NGAN NANO WHITE TU BERKESAN KAT AKU SELAMA AKU MEMAKAINYE. AMIN... KALAU KORANG ADE MASALAH MACAM AKU TU, TRY LA. JUST, KENE ADE PENJAGAAN RAPI LA. KENE JADIKAN IA SEBAGAI RUTIN. KALAU IKUT MUSIM, MUNGKIN TAK NAMPAK KESAN NYE. 


THANKS SUNSILK AND NANO WHITE. YOU GIVE ME A CONFIDENT TO BE A HEALTHY BEAUTY AGAIN.. :)

Thursday, December 8, 2011

hypnobirthing, kaedah bersalin yang mudah?


pagi tadi aku tengok tv3. then, ade la rancangan WHI (wanita hari ini). dorg citer pasal HYPNOBIRTHING. mula2 aku x phm, ape tu hypno? kaedah bersalin baru ke? rupe-rupenye, hypnobirthing ni salah satu kaedah bersalin yang senang dan mudah. kaedah ni dah lame dah digunakan. time kite (wanita) nak bersalin, kite rase sakit then urat-urat kite tegang. dengan menggunakan kaedah hypnobirthing smasa bersalin, kita dapat mengurangkan kesakitan, keselamatan terjaga, selesa, relaks dan kita dapat merasakan kesemulajadian semasa bersalin.



Saturday, December 3, 2011

Di Sebalik Tabir Persembahan TaSeK di Central Market Kuala Lumpur


HARI PERTAMA
bertolak ke central market (cm) pada pukul 5 petang. dengan kenderaan yang telah dirancang iaitu sebuah kereta kancil (kereta boyfriend Amanda) dan kereta avanza kepunyaan Puan Rashida. sampai sahaja di cm, mencari-cari saudari yang bernama noraini. syukur kerana hujan telah menyebabkan kami membuat persembahan di pentas. kalau tak, kami akan membuat persembahan di tengah-tengah jalan hang kasturi. kami telah di mekap oleh Amee @ Tengku Aeman dari Kementerian Pelancongan Malaysia. trainer undangan dari Kementerian Pengangkutan iaitu Zaihan@Jai telah mengajar selama 2 minggu di institut kami untuk persembahan di cm. penyanyi undangan iaitu safiah suhaimi dan khusyairi telah membantu memeriahkan lagi persembahan dengan nyanyian mereka. ameena dan eika pula telah membantu kami dari segi pertukaran pakaian. tarian opening dan monologue adalah yang pertama. selesai tarian tersebut, penari-penari perempuan menukar pakaian baju kurung zapin sementara safiah suhaimi mendendangkan lagu nirmala di atas pentas. meneruskan persembahan dengan tarian inang, zapin sri bunian dan joget kereta kuda. persembahan hari pertama diakhiri dengan tarian finale iaitu tarian cuti-cuti 1 malaysia.



HARI KEDUA
dugaan demi dugaan... menerima berita dari Puan Rashida mengatakan kereta Avanza rosak dengan cuaca ribut dan banjir kilat. banyak kawasan jem akibat banjir. ketiadaan transport membuatkan hati kami semakin cekal dan tabah dan menerima semua ini sebagai ujian Allah. tindakan susulan yang kami lakukan ialah semua penari lelaki naik LRT ke cm manakala penari perempuan naik kancil. alhamdulillah kami tidaklah sampai selewat yang dijangkakan. persembahan hari ni terdapat beberapa kesalahan, namun semasa tarian etnik dipersembahkan, penonton semakin bertambah. seronok melihat gelagat penonton bermain buluh di pentas terutama penonton dalam kalangan pelancong.

*saya memohon maaf kerana tidak dapat memuatnaik gambar ke dalam blog ini kerana line internet di rumah slow. kalau internet dah laju nanti, saya upload k. sementara ni, sesiapa yang ingin melihat gambar2 persembahan kami boleh klik link ni, http://www.facebook.com/media/set/?set=a.2275511206839.2108825.1220467672&type=3 . anda harus jadi friends saya kalau nak tengok gambar2 tu. ;)

Friday, November 25, 2011

KASIH IBU MEMBAWA KE SYURGA...


KERINDUAN SEORANG IBU TERHADAP ANAKNYA... SEMEMANGNYA, ITULAH YANG TERINDAH SEKALI DALAM HIDUP KITA SEBAGAI ANAK SEKIRANYA IBU KITA MENGATAKAN "IBU RINDUKAN ANAK IBU". 
SEHINGGALAH SUATU HARI, SI IBU RINDU AKAN ANAK KETIGANYA.SI IBU PUN MENELEFON ANAKNYA, NAMUN TIDAK DAPAT DIHUBUNGI. DISURUH SI IBU TADI ANAK BONGSUNYA MENELEFON ANAK KETIGANYA, TIDAK BERJAYA JUGA. SEHINGGALAH PADA HARI KETIGA, SI IBU MENDAPAT NO TELEFON ANAK KETIGANYA DARI RAKAN SEKERJA ANAKNYA ITU. SI IBU PUN MENGHANTAR MESEJ KEPADA ANAKNYA.. 

ibu: salam.. apa khabar,nak? lama tak mesej mak.
anak: sori, xde kredit. korang nak ape?

SELEPAS MENDAPAT MESEJ SEBEGITU DARI ANAKNYA, SI IBU TIDAK MEMBALAS MESEJ TERSEBUT. 

anak: biarla aku berterus terang. aku dah bosan. bila aku bank in duit, korg tak pandai nk bersyukur. mintak yang bukan2. aku pun nak simpan duit. korg tak fikir masa depan aku. cukup la apa ada. takkan aku yang kne tanggung korang. gaji aku bukannya berjuta-juta. cukup makan aku sorg je.

IBU MENJAGA KITA DARI KITA DILAHIRKAN SEHINGGA KITA TELAH DAPAT MENANGGUNG KEHIDUPAN SENDIRI. SEKIRANYA DIKIRA SEMULA KOS-KOS YANG TELAH DIBELANJAKAN OLEH SEORANG IBU TERHADAP ANAKNYA, TIDAK MAMPU KITA MEMBAYARNYA. APA SALAHNYA KITA MEMBERI WANG SEBULAN SEKALI KEPADA IBU DAN AYAH KITA. TIDAK BANYAK RM50 PUN JADILAH BUAT SIMPANAN MEREKA KERANA ITULAH TUGAS KITA SEBAGAI ANAK.

anak: sebab tu la aku tak nak mesej korg. suke mintak yang bukan2. pastu mesej mslh korg yang aku tak patut tau. korg tau tak aku kt sini lagi banyak masalah. kerja lagi. boleh gila aku lau mcm ni. kalau korg mesej lagi camtu, jangan harap aku mesej korang lagi. tahun depan aku balik. jangan ingat aku x balik.

SEMASA KECIL, JATUH SIKIT, MENGADU KAT IBU. KAWAN USIK, MENGADU KAT IBU. BAJU KOTOR, MENGADU KAT IBU. DEMAM SIKIT, MENGADU KAT IBU. SEMUANYA IBU. BILA WAKTU IBU PERLUKAN KITA, KITA KATAKAN TU BENDA REMEH. BILA IBU MENGADU, RESPON KITA MENGELUH DAN MARAH-MARAH. BILA IBU MELUAHKAN MASALAH, KITA BUAT TAK TAHU. 

ibu: baiklah, terima kasih dengan apa yang kau katakan. ibu x lupe mesej kau tadi. sambil ibu baca ibu menangis sebab ibu nak telefon kau bukan nak mintak duit. rindu seorang ibu nak dengar suara anaknya. naluri ibu ni setiap masa mengingati anak yang ibu lahirkan. janganlah kau risukan luahan hati ibu. buakan duit yang ibu pandang. hanya anak-anak ibu sajalah harta ibu di dunia dan di akhirat. Ya Allah, lindungilah kesemua anak2ku dunia dan akhirat.

BERSYUKURLAH KITA SEKIRANYA IBU KITA MASIH MENDOAKAN YANG TERBAIK UNTUK KITA. ANAK MERUPAKAN HARTA YANG PALING BERHARGA BAGI SEORANG IBU. SEKALI KITA MEMBUATKAN IBU KITA MENANGIS, SAYA JAMIN SERIBU KALI KITA MENYESAL. SAYANGILAH IBU ANDA. TELEFONLAH IBU KITA WALAUPUN SESIBUK MANA KITA. SEORANG IBU TIDAK PERNAH LUPA DAN JEMU UNTUK MENELEFON ANAKNYA. HARGAILAH MEREKA. JANGAN MENYESAL KEMUDIAN HARI. 

*SAYA AMAT MENGALU-ALUKAN SAUDARA/SAUDARI UNTUK SHARE DI WALL POST ANDA. :) KESIMPULAN: SAYANGILAH IBU ANDA :)