CLICK HERE FOR FREE BLOGGER TEMPLATES, LINK BUTTONS AND MORE! »

Wednesday, October 26, 2011

KEHIDUPAN SEORANG PERANTAU

          Setahun setengah aku hidup di bandar yang sering menjadi tumpuan iaitu Kuala Lumpur. Dengan niat ingin melanjutkan pelajaran di IPGM Kampus Pendidikan Teknik, aku meneruskan langkahku ke bandar tersebut. Mulanya, aku tiada kenalan dan tiada saudara, sekarang, aku punya ramai kenalan dan saudara. Aku juga boleh berjalan ke mana-mana seorang diri kerana aku dah tahu jalan di sini. Memang seronok bila boleh keluar ke bandar. 
          Bila cuti, kawan-kawan aku yang tinggal di semenanjung pun balik rumah. Aku terasa ingin balik ke rumah juga. Namun, duit yang ada perlu disimpan. Banyak benda boleh dibeli atau digunakan dengan duit terrsebut. Aku cekalkan hati supaya bersabar dengan ujian Allah. Hidup di asrama bersama kawan-kawan yang lain. Di blok aku, lebih kurang 10 orang sahaja yang tak balik. Tak lah sunyi sangat. setiap pagi breakfast maggie atau biskut. Tengahari pulak, masak nasi, goreng telur, masak sardin. Malam masak nasi goreng. Janji sedap dan boleh di makan. 
            


inovasi: Masak sardin campur telur goreng.
bahan-bahan: sardin, telur, sos cili atau tomato (ikut cita rasa inda) dan sedikit minyak.
cara memasak: goreng telur sehingga telur tersebut dalam keadaan hancur.(betul ke ayat aku ni). setelah masak, letakkan ke dalam pinggan. masukkan sardin ke dalam periuk, selepas kuah sardin tu macam menggelegak sedikit, masukkan telur yang digoreng hancur tadi dan masukkan sesudu besar sos. jangan banyak sangat, nanti hilang rasa sardin tu. lepas tu, tutup api. hidangkan. :)



nasi goreng sebagai makan malam.

nasi goreng udang
bahan-bahan: perencah nasi goreng udang, nasi , telur dan sedikit garam.
cara memasak: (ikut je lam paket perencah nasi goreng udang tu. hehe) lebeih kurang macam ni. masukkan sedikit minyak, dan goreng telur (hancur). kalau ada udang ngn sayur letak je. selepas tu, masukkan nasi. sebatikan nasi dengan telur yang digoreng terlebih dahulu. masukkan perencah tersebut. dan gorengkan. kalau  x ckup rasa nasi goreng tu, letakkan sedikit garam. ingat sedikit sahaja. 




0 comments:

Post a Comment