CLICK HERE FOR FREE BLOGGER TEMPLATES, LINK BUTTONS AND MORE! »

Monday, June 18, 2012

WAY TO ISTANA BAMBU RESTAURANT

WAY TO ISTANA BAMBU RESTAURANT





Restoran Istana Bambu. 


Sebuah restoran yang sangat sesuai sekiranya anda ingin berehat bersama keluarga. Restoran yang biasa anda pergi semestinya menawarkan perkhidmatan air-cond. Namun, di Istana Bambu, walaupun tiada perkhidmatan air-cond, namun angin yang memenuhi ruang restoran ini sememangnya menyejukkan dan bertiup sepoi-sepoi bahasa je. Lebih-lebih lagi dengan kedudukan restoran ini yang terletak di kaki bukit. Untuk pengetahuan semua, restoran ini adalah diperbuat daripada buluh 100%. (sesuai dengan nama restoran). Inilah antara restoran yang menggunakan alam semulajadi dengan sebaik mungkin tanpa mencemarkan bumi.  Bila berada di restoran Bambu, suasana kampung sangat terasa, terutamanya untuk warga utara. Nak tahu kenapa? Restoran Bambu merupakan restoran yang dikelilingi oleh sawah padi. Ketenangan dan kegembiraan kian terasa pabila angin yang bertiup membuatkan padi-padi tersebut seakan-akan melambai ke arah kita. 




Kolam-kolam ikan yang seakan-akan dijadikan sambutan utama kepada pelanggan yang datang ke restoran didiami oleh ikan-ikan yang sangat menarik dan cantik warnanya. 


Selain itu, restoran ini tidak hanya menawarkan tempat makan yang mempunyai kerusi, malah restoran ini mempunyai tempat makan yang membolehkan kita untuk duduk bersila.





Tambahan pula, tempat makan bagi yang inginkan privacy juga disediakan. Sekiranya mood anda pada hari itu ingin makan di restoran yang tidak berbumbung, di sini juga telah disediakan. 



Lebih istimewa lagi, pada setiap malam Ahad, Selasa dan Rabu (8-30pm - 10.30 pm) terdapat persembahan tarian tradisional Malaysia dari Sanggar Mustika Dance Troupe. Tarian-tarian yang mengasyikkan dan menarik akan dipersembahkan bagi menghiburkan hati pelanggan Restoran Bambu yang hadir. Apa tunggu lagi? Jom la kite.... :)




untuk pengetahuan lanjut, sila layari:

0 comments:

Post a Comment