CLICK HERE FOR FREE BLOGGER TEMPLATES, LINK BUTTONS AND MORE! »

Saturday, December 3, 2011

Di Sebalik Tabir Persembahan TaSeK di Central Market Kuala Lumpur


HARI PERTAMA
bertolak ke central market (cm) pada pukul 5 petang. dengan kenderaan yang telah dirancang iaitu sebuah kereta kancil (kereta boyfriend Amanda) dan kereta avanza kepunyaan Puan Rashida. sampai sahaja di cm, mencari-cari saudari yang bernama noraini. syukur kerana hujan telah menyebabkan kami membuat persembahan di pentas. kalau tak, kami akan membuat persembahan di tengah-tengah jalan hang kasturi. kami telah di mekap oleh Amee @ Tengku Aeman dari Kementerian Pelancongan Malaysia. trainer undangan dari Kementerian Pengangkutan iaitu Zaihan@Jai telah mengajar selama 2 minggu di institut kami untuk persembahan di cm. penyanyi undangan iaitu safiah suhaimi dan khusyairi telah membantu memeriahkan lagi persembahan dengan nyanyian mereka. ameena dan eika pula telah membantu kami dari segi pertukaran pakaian. tarian opening dan monologue adalah yang pertama. selesai tarian tersebut, penari-penari perempuan menukar pakaian baju kurung zapin sementara safiah suhaimi mendendangkan lagu nirmala di atas pentas. meneruskan persembahan dengan tarian inang, zapin sri bunian dan joget kereta kuda. persembahan hari pertama diakhiri dengan tarian finale iaitu tarian cuti-cuti 1 malaysia.



HARI KEDUA
dugaan demi dugaan... menerima berita dari Puan Rashida mengatakan kereta Avanza rosak dengan cuaca ribut dan banjir kilat. banyak kawasan jem akibat banjir. ketiadaan transport membuatkan hati kami semakin cekal dan tabah dan menerima semua ini sebagai ujian Allah. tindakan susulan yang kami lakukan ialah semua penari lelaki naik LRT ke cm manakala penari perempuan naik kancil. alhamdulillah kami tidaklah sampai selewat yang dijangkakan. persembahan hari ni terdapat beberapa kesalahan, namun semasa tarian etnik dipersembahkan, penonton semakin bertambah. seronok melihat gelagat penonton bermain buluh di pentas terutama penonton dalam kalangan pelancong.

*saya memohon maaf kerana tidak dapat memuatnaik gambar ke dalam blog ini kerana line internet di rumah slow. kalau internet dah laju nanti, saya upload k. sementara ni, sesiapa yang ingin melihat gambar2 persembahan kami boleh klik link ni, http://www.facebook.com/media/set/?set=a.2275511206839.2108825.1220467672&type=3 . anda harus jadi friends saya kalau nak tengok gambar2 tu. ;)

0 comments:

Post a Comment